Posts

Showing posts from October, 2017

cara membuat buku nota yang mudah

Image
buku nota ini boleh digunakan untuk mencatat apa sahaja yang anda suka. Buku kecil ini boleh dibawa ke mana sahaja kerana saiznya yang kecil boleh juga diletakkan dia dalam poket. Selepas ini pasti anda tiada masalah untuk mencatat nota kerana adanya buku ini๐Ÿ˜. Cara untuk membuat buku itu boleh dilihat di link dibawah. Selamat mencuba๐Ÿ’“ https://youtu.be/9WOXg6I4Ufo

cara membuat penanda buku berbentuk panda dan emoji

Image
penanda buku merupakan salah satu keperluan semasa membaca buku dan anda boleh membuatnya sendiri dengan kreativiti masing-masing. Saya kongsikan link untuk pembaca blog saya ini cara untuk membuat penanda buku๐Ÿ˜. Selamat mencuba ๐Ÿ’œ panda bookmark- https://youtu.be/-qfMmPot8OE emoji bookmark- https://youtu.be/U21FQ9gRz2Q

makanan untuk kecerdasan otak

Image
makanan untuk minda ๐Ÿ˜ Bijirin Penuh (Wholemeal) Walaupun otak hanya satu organ yang kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan tubuh badan manusia tetapi otak adalah organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu 20% daripada keseluruhan tenaga yang dihasilkan oleh badan. Otak bukan sahaja mengawal aktiviti yang dirancang seperti berfikir, menulis, bergerak dan lain-lain. Malah otak juga mengawal aktiviti di luar kawalan kita seperti degupan jantung, denyutan nadi, menghantar matlumat, menerima isyarat deria, pengaliran darah keseluruhan badan dan banyak lagi dalam sistem bio tubuh kita. Otak adalah organ utama yang Allah anugerahkan kepada manusia bagi mengawal selia semuanya agar berfungsi secara automatik. Ini sudah cukup menggambarkan betapa banyaknya kerja yang dilakukan oleh otak dan betapa banyak tenaga yang diperlukan. Di sini peranan bijirin penuh amat penting kerana bijirin penuh dapat memberi tenaga yang konsisten kerana proses pembebasan tenaganya

cara pemakanan mengikut piramid makanan

Image
Apabila anda sudah mengenali piramid makanan maka cara pengambilan setiap aras itu perlu dipraktikkan.  Sebagai contohnya, ARAS  1 Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Setiap hidangan makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, roti, mi, mihun, biskut, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, ubi keledek, keladi dan kentang. ARAS  2 Aras 2 Piramid Makanan mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah makanan di aras ini dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran hijau dan buah-buahan. ARAS  3 Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium.