makanan untuk kecerdasan otak

makanan untuk minda 😁


Bijirin Penuh (Wholemeal)




Walaupun otak hanya satu organ yang kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan tubuh badan manusia tetapi otak adalah organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu 20% daripada keseluruhan tenaga yang dihasilkan oleh badan.
Otak bukan sahaja mengawal aktiviti yang dirancang seperti berfikir, menulis, bergerak dan lain-lain. Malah otak juga mengawal aktiviti di luar kawalan kita seperti degupan jantung, denyutan nadi, menghantar matlumat, menerima isyarat deria, pengaliran darah keseluruhan badan dan banyak lagi dalam sistem bio tubuh kita.
Otak adalah organ utama yang Allah anugerahkan kepada manusia bagi mengawal selia semuanya agar berfungsi secara automatik. Ini sudah cukup menggambarkan betapa banyaknya kerja yang dilakukan oleh otak dan betapa banyak tenaga yang diperlukan.
Di sini peranan bijirin penuh amat penting kerana bijirin penuh dapat memberi tenaga yang konsisten kerana proses pembebasan tenaganya yang perlahan mampu memberi tenaga dalam tempoh yang lama.
Hasilnya, kita dapat memberi lebih tumpuan dan fokus ketika bekerja dalam jangka masa yang panjang. Vitamin B di dalamnya juga dapat memelihara sistem saraf yang menjadi tunjang utama bagi mekanisme kerja otak.

 Kekacang

                               
Kekacang mengandungi tenaga karbohidrat kompleks yang menjadi glukosa berfungsi sebagai sumber tenaga untuk otak. Kekacang juga kaya dengan protein, sumber serat, mineral dan vitamin.
Sebagai contoh kombinasi vitamin E dan tiamin berperanan melindungi membran sel saraf dan otak. Potassium (kalium) pula memastikan fungsi tubuh dan otak berada di paras optimum. Kandungan antioksida di dalam kekacang dapat melawan radikal bebas yang menyerang sel otak.

Sayur-sayuran


Percayalah. Bukan sahaja sayur-sayuran baik untuk kesihatan, mencantikkan kulit, mengawal berat badan malah sangat membantu melindungi otak. Seorang ahli kesihatan David Perlmutter (MD) menulis di dalam “The Better Brain Book”menyatakan bahawa bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap serangan radikal bebas adalah otak.
Sayuran hijau pekat dan berwarna terang ternyata dapat membantu membendung serangan ini.




Bayam mengandungi vitamin B9 yang meningkatkan memori untuk kecerdasan otak. Vitamin C dan E nya pula meningkatkan sistem kognitif. Warna hijau pekat pada brokoli menunjukkan kandungan vitamin K yang tinggi berperanan meningkatkan fungsi kognitif dan kuasa otak.
Biji labu mempunyai khasiat zink yang bertindak menambah memori dan kemahiran berfikir. Warna terang pada buah labu dan lobak merah pula menunjukkan sayuran ini kaya dengan nutrisi dan antioksida untuk membantu sel otak menjadi sihat dan kuat.
Ini salah satu lagi sunnah yang boleh dilakukan kita iaitu sayur labu yang menjadi kegemaran Rasulullah saw juga boleh ditambah di dalam diet harian kita.
Selain itu, lobak merah mengandungi komponen luteolin yang tinggi untuk mengelakkan proses penuaan pada otak. Komponen ini juga membantu masalah kehilangan memori dan keradangan pada otak seperti kajian yang dikeluarkan di dalam Journal Nutrition pada tahun 2010.
Sumber lain bahan ini boleh juga ditemui di dalam minyak zaitun dan sayur seledri (celery).

Omega 3, Omega 6, DHA & EPA

                                      
“Ternyata sel-sel otaknya sedang berhubung!” begitulah bunyi iklan susu kanak-kanak yang menekankan peranan DHA dan EPA untuk otak. Kekurangan zat ini ternyata meningkatkan risiko untuk menghidapi alzhemier dan menjejaskan kapasiti memori anda. Justeru, orang dewasa juga memerlukan khasiat ini kerana struktur dan fungsi otak diperlukan seumur hidup.
Omega 3 hadir di dalam minyak ikan dalam bentuk EPA dan DHA. Ikan seperti tuna, salmon dan sardin mengandungi kandungan minyak ikan yang tinggi turut mengandungi Omega 6.




Selain itu, vitamin B3, B6 dan B12 di dalam minyak ikan juga meningkatkan ketajaman fikiran. Masyarakat Jepun yang gemar menikmati menu ikan mentah dari sushi dilihat mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.
Jadi tidak hairanlah kenapa saintis mula tertarik untuk mengkaji budu malah masyarakat Jepun juga telah mula meminati budu. Apa pendapat pembaca dari Pantai Timur semua? Selain dari ikan, khasiat ini juga boleh didapati dari minyak soya, biji labu dan minyak kacang walnut.

Comments

Popular posts from this blog

cara pemakanan mengikut piramid makanan

cara membuat buku nota yang mudah